Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Presiden SUPP mengundi di SJKC Chung Hua

ByJeeridyne

Kuching, 18 Disember : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah, Dato Seri Dr. Sim Kui Hian bersama isterinya, Datin Seri Enn Ong hadir mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Sungai Tapang Hilir di sini sebentar tadi.

Ketibaan pasangan itu yang masing – masing memakai baju bewarna kuning sekitar pukul 11.25 pagi tadi adalah mengikut tempoh masa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.

Secara keseluruhan, tinjauan TVS di sini mendapati proses pengundian berjalan lancar dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu hanya mengambil masa 10 minit untuk membuang undi.

Terdapat 16 pusat mengundi dalam kawasan DUN Batu Kawah.

Jumlah pengundi keseluruhan di sekolah ini ialah seramai 3,347 orang dan merupakan pusat mengundi terbesar bagi DUN ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan