Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hujan lebat iringi pengundian di Nangka

Oleh Amyra Varkisa

SIBU, 18 Dis: Hujan lebat di sekitar kawasan ini termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Methodist di sini yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka tidak melunturkan semangat pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Tinjauan TVS mendapati, pengundi yang tidak membawa payung terpaksa berlari meredah hujan untuk sampai ke kawasan berbumbung di pusat mengundi di sini.

Hujan selama hampir dua jam bermula pukul sejak 7.30 pagi dan berhenti kira -kira pukul 9 pagi tadi.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran beberapa kawasan di negeri ini akan dilanda ribut petir dan hujan di satu dua kawasan menjelang petang ini.

Sementara itu, penyandang kerusi DUN Nangka yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr. Annuar Rapaee hadir di pusat mengundi ini pada pukul 9.15 pagi bersama isteri serta ibu bapanya untuk membuang undi.

Difahamkan , lawannya, Intanurazean Wan Sapuan Daud dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sibu Bandaran No.3 manakala, Olivia Lim dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) pula menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Sungai Assan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan