Search
Close this search box.

DCC buka peluang penduduk asah kemahiran dan jana pendapatan

KUCHING, 15 Dis : Penduduk setempat kini berpeluang belajar menyulam keringkam, menjahit dan membuat kraf tangan secara percuma dengan wujudnya Pusat Komuniti Digital (DCC) yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak.

Kewujudan pusat ini juga akan membuka peluang kepada komuniti setempat untuk mengasah kemahiran di samping memupuk nilai celik teknologi dalam kalangan belia.

Menurut calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang , Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, inisiatif ini juga dilancarkan bertujuan untuk meningkatkan sosio ekonomi penduduk kampung.

“Pelbagai program dan latihan disediakan. Sambutan juga amat memberangsangkan apabila penduduk mula sedar kewujudan pusat ini. Golongan belia dapat mempelajari ilmu kimpalan secara virtual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat DCC di Kampung Semerah Padi di sini hari ini.

Menurut Sharifah Hasidah, ketika ini terdapat sebanyak 42 DCC di seluruh Sarawak bagi meningkatkan literasi digital yang kini menjadi keperluan semasa rakyat.

Sementara itu, Penghulu kampung berkenaan, Mohd. Taufik menyifatkan inisiatif DCC dapat menyediakan golongan belia yang berkemahiran tinggi dan celik digital.

“Mereka yang telah menamatkan pengajian sementara menunggu tawaran kerja atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, boleh mendaftar untuk belajar secara percuma di sini,”katanya.

Salah seorang peserta program yang mendaftar untuk belajar menyulam keringkam, Dayang Dauziah Awang Husma, 64 , berkata, dia teruja dengan DCC kerana dapat menghabiskan masa terluang belajar kemahiran baharu.

Kamariah Abang, 57, pula berkata, penubuhan DCC telah membuka ruang bagi suri rumah sepertinya untuk belajar menjahit.

” Pada masa sama, hasilnya dapat dijual untuk menjana pendapatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan