Search
Close this search box.
KUCHING, 14 Dis -- Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.14 Batu Kawah, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian melawat Pusat Pengundian Awal Kem batalion 11 PGA Batu Kawah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini. Proses pengundian berlangsung dengan SOP ketat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencegah penularan COVID-19 dan pengundi yang hadir perlu memakai pelitup muka, melakukan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan pensanitasi tangan serta mengimbas kod QR MySejahtera, sebelum masuk ke Pusat Pengundian Awal (PPA). Seramai 23,043 anggota Polis diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan mereka akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke -12. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beri saya lima tahun lagi sebelum bersara – Dr. Sim

KUCHING, 15 Dis : Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berharap pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah memberikan beliau peluang untuk berkhidmat selama satu penggal lagi di kawasan itu sebelum mengumumkan persaraannya.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan penyandang kerusi itu berkata selepas lima tahun, beliau akan memberikan laluan kepada orang muda untuk bertanding di kawasan tersebut.

“Pada 18 Dis ini, (saya minta pengundi) tolong keluar turun awal mengundi supaya kita ada lima tahun lagi sebelum saya bersara. Selepas itu, kasi orang muda,” katanya ketika berucap di program kesedaran keselamatan dan kebersihan sungai Kampung Rantau Panjang di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, beliau akan dicabar oleh empat calon lain iaitu Fong Pau Teck daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chai Kueh Khun daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP).

Dr Sim turut membidas kenyataan ‘seorang doktor’ yang mendakwa beliau gagal mengawal penularan pandemik COVID-19 di Sarawak.

Bekas Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri itu berkata data berkaitan COVID-19 bagi Sarawak menunjukkan keadaan pandemik di Bumi Kenyalang semakin baik.

“Ada satu doktor cakap Dr Sim tangani COVID-19 tidak bagus. Saya jawab jika tidak bagus, mengapa jumlah kes kita rendah, mengapa jumlah orang mati juga antara terendah di seluruh Malaysia?

“Bukan semua doktor sama,” katanya dipercayai merujuk kepada calon DAP Dr Kelvin yang dilaporkan mendakwa beliau gagal mengawal kadar penularan dan kematian akibat COVID-19 ketika memegang jawatan sebagai penasihat JPBN. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan