Search
Close this search box.

Saingan sengit dalam PRN Ke- 12 Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Dis : Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak menyaksikan peningkatan jumlah calon seramai 121 orang apabila 349 calon sah bertanding berbanding 228 calon pada PRN Ke-11 pada 2016.

Ia termasuk pertembungan sehingga lapan penjuru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Ivy Jugah berkata, ramai calon muda yang ditampilkan oleh setiap parti dan beliau menjangkakan pertandingan sengit kali ini.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan 82 calon di semua kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) mempunyai 69 ke 70 kerusi dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) merupakan saingan yang agak baharu pada saya.

Mereka juga mengemukakan calon-calon yang muda berbanding parti-parti lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program ‘Sarawak Decides’ terbitan TVS semalam.

Dalam pada itu, Ivy berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka dapat mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, beliau tetap mengharapkan kerjasama daripada semua pihak sehingga hari pemilihan pada 18 Disember nanti.

Ivy menambah, parti-parti yang bertanding perlu menggunakan pendekatan dan kempen yang lebih agresif dan inovatif untuk menarik pengundi di kawasan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan