Search
Close this search box.

Pentingkan keselamatan rakyat walaupun dibenarkan kempen – Douglas Uggah

SPAOH, 7 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban , Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya tetap akan mementingkan kesihatan dan keselamatan rakyat di sebalik kelonggaran berkempen di kawasan itu yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ujarnya, pengamalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dilakukan pihaknya termasuk ketika mengadakan ceramah yang dihadkan kehadiran sebanyak 150 orang sahaja.

” Keselamatan dan kesihatan rakyat perlu dijaga sepanjang tempoh berkempen hingga hari pengundian pada 18 Disember ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS ketika ditemui di pusat khidmatnya di sini hari ini.

SPR baru – baru ini mengumumkan 64 kawasan DUN dibenarkan berkempen namun tertakluk kepada syarat ketat antaranya hanya membabitkan kehadiran penduduk dalam kawasan berkenaan sahaja.

Douglas Uggah semalam disahkan sebagai salah seorang calon yang layak bertanding di DUN berkenaan dan berdepan saingan daripada dua pencabar iaitu Mikhail Mathew Abdullah yang ditampilkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Andria Anak Dundang @Andria Gelayan yang mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pada PRN Ke -11 Sarawak lalu, Douglas Uggah menang kerusi berkenaan selepas mendapat undian sebanyak 5,524 undi sekaligus menewaskan wakil PRK, Noel Changgai Bucking yang sekadar mendapat 925 undi.

Mengulas lanjut mengenai kelonggaran SOP berkempen, Douglas Uggah berkata, pihaknya akan menghormati tempoh masa diberikan iaitu ceramah mesti berakhir sebelum pukul 10 malam selain hanya dibenarkan berlangsung dalam tempoh dua jam sahaja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan