Search
Close this search box.

Penjualan alkohol bukan isu di Sarawak – Dr. Sim

KUCHING, 7 Dis : Penjualan alkohol tidak menjadi isu di Sarawak memandangkan negeri itu mempunyai autonomi untuk membuat keputusan berhubung perkara itu, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau berkata Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 memberikan autonomi kepada Sarawak untuk membuat keputusan berhubung isu penjualan alkohol.

“… ramai yang tidak menyedarinya tetapi apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak terpakai di sini.

“Bagi Sarawak, alkohol bukan satu isu. Jika ia dibangkitkan oleh sesiapa di Sarawak, bagi saya ia hanya dilakukan demi kepentingan politik atau mencari publisiti semata-mata,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat SUPP Batu Kawah di sini hari ini.

Dr Sim, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Kawah, meminta pengundi memberi peluang kepada beliau untuk berkhidmat selama lima tahun lagi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.

“Kita (SUPP) sudah mencapai begitu banyak kemajuan di Batu Kawah dalam tempoh lima tahun lepas. (Kita boleh lihat) peruntukan di Batu Kawah dalam tempoh lima tahun lepas bagi projek yang telah dilaksanakan dan yang masih berlangsung bernilai RM330 juta,” katanya.

Beliau berdepan pertandingan empat penjuru menentang Fong Pau Teck daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chai Kueh Khun daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP) bagi merebut kerusi Batu Kawah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan