Search
Close this search box.

Komponen GPS bergerak sebagai satu pasukan – Fatimah

MUKAH, 7 Dis : Kerjasama sebagai satu pasukan dalam komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika ini dilihat amat memberangsangkan.

Calon GPS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak kali ini yang sangat berbeza kerana situasi semasa pandemik memerlukan kerjasama utuh pasukan.

Ujarnya, GPS ketika ini mengamalkan konsep berkenaan dengan baik dan saling membantu membabitkan empat parti komponennya.

“Bagaimanapun saya menyeru jentera parti agar tidak berasa terlalu selesa kerana apa sahaja boleh berlaku pada masa ini.

“Kerjasama ini jelas, tidak kira dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),Parti Rakyat Sarawak (PRS),Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) atau Parti Demokratik Progresif (PDP). Kita bergerak sebagai satu pasukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambah Fatimah lagi, kerjasama untuk PRN kali ini juga dilihat tidak hanya terdiri daripada golongan parti, malah individu atau badan bukan kerajaan juga memberi kerjasama yang erat.

“Saya lihat mereka sendiri yang menawarkan diri untuk membantu seperti memasang bendera dan sebagainya.

“ Jentera GPS yang terdiri daripada wanita dan pemuda juga akan terus bekerja keras untuk mendapatkan mandat yang lebih besar ,” katanya – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan