Search
Close this search box.

Kali pertama bertanding, King Sing rayu sokongan di Dudong

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 7 Dis : Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang julung kali bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke -12 Sarawak tampil menyeru sokongan pengundi.

King Sing berkata, tujuan beliau ‘menyertai’ pertandingan kali ini ialah dengan matlamat untuk memajukan kampung halamannya.

” Marilah bersama – sama kami berganding bahu membangunkan dan memajukan Dudong,” katanya hari ini.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berdepan pertandingan lapan penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong kali ini.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu akan menentang Wong Hie Ping yang mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB), Jane Lau Sung Yee daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Julius Enchana mewakili Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Paul Ling Fung (DAP) dan Josephine Lau Kiew Peng daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) serta dua calon bebas.

Menurut King Sing, beliau yakin kemampuan GPS untuk menawarkan pembangunan demi manfaat rakyat di kawasan berkenaan.

” Saya yakin dengan penstrukturan semula serta perancangan yang teratur dan berterusan akan membawa pembangunan , kemajuan dan masa depan yang cerah kepada Dudong,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan