Search
Close this search box.

Calon berbasikal live di Facebook, perkenal KOD QR kempen di kawasan ‘larangan’

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 7 Dis : Memasuki hari kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak, pelbagai cara kreatif dilakukan oleh calon-calon yang bertanding dalam usaha menonjolkan diri masing-masing.

PRN Ke-12 kali ini berlangsung dalam suasana cukup berbeza apabila di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan kempen secara bersemuka bagi membendung penularan wabak.

Daripada keseluruhan 82 kawasan DUN di Sarawak, sebanyak 64 kawasan dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti fizikal namun tertakluk kepada SOP yang ketat manakala 18 lagi dilarang sepenuhnya.

Antara calon yang dilihat menyuntik elemen baharu berteraskan penggunaan media sosial dalam kempennya ialah Dr Annuar Rapaee yang bertanding di DUN Nangka.

DUN Nangka merupakan salah satu kawasan yang tidak dibenarkan berkempen secara bersemuka.

Dr Annuar yang juga penyandang kerusi berkenaan turut ‘menjemput’ penyanyi remaja terkenal Aiman Tino untuk berbasikal bersama-samanya di sekitar kawasan DUN Nangka hari ini.

Aktiviti berkenaan kemudian ‘disiarkan’ secara langsung menerusi siaran live Facebooknya yang mempunyai hampir 38,000 pengikut.

“Aiman Tino ikut saya berbasikal petang ini. Sambil itu, saya meminta kebenaran memasang bendera dan poster di rumah penduduk,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, bagi Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian yang turut bertanding di DUN Batu Kawah, iaitu satu lagi kawasan yang tidak dibenarkan berkempen secara bersemuka, beliau turut tampil kreatif menggunakan aplikasi teknologi digital dalam usaha meraih sokongan.

Aplikasi Kod QR yang dilancarkan oleh Dr. Sim Kui Hian sebagai strategi kempenya pada PRN Ke-12 Sarawak ini.

Melancarkan aplikasi kod QR untuk menerangkan laporan prestasi kerjanya selama lima tahun, laman web berkenaan memaparkan lima kategori iaitu ekonomi, pelancongan, pendapatan rakyat, kemudahan infrastruktur dan pembaharuan dan perundangan pekerjaan.

Sementara itu, ‘pesaing ketatnya’ di DUN Batu Kawah, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen turut aktif mengemaskini aktivitinya di media sosial.

Menerusi kemaskini terbaharu, Dr. Kelvin hari ini berada di Dewan Rakyat kerana menghadiri persidangan Parlimen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan