Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MIRI, 5 Dis -- Kerja-kerja akhir persiapan di Pusat Penamaan Calon N.73 Piasau bagi Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) ke-12 di Kompleks Islam Sarawak hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon, manakala 14 Dis merupakan hari pengundian awal dan 18 Dis ini sebagai hari pengundian.

-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA



PPC DUN Piasau lakukan persiapan terakhir

MIRI, 5 Dis : Petugas di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menjalankan persiapan terakhir bagi memastikan hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang akan berlangsung esok berjalan lancar.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DUN Piasau, Siti Rohanie Yusof berkata pihaknya mengadakan raptai penuh proses penamaan calon pada 9 pagi tadi untuk memastikan segalanya berjalan lancar esok.

“Saya berharap pada hari penamaan calon esok semuanya berjalan dengan baik tanpa ada sebarang provokasi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdapat 30 petugas SPR di PPC DUN Piasau selain dua wakil daripada Kementerian Kesihatan yang ditugaskan untuk menjaga khemah modular.

Pada PRN Ke-11 Sarawak, Piasau menyaksikan penyandang daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mewakili Barisan Nasional ketika itu, Datuk Sebastian Ting menang dengan majoriti 2,112 mengalahkan calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Alan Ling.

SPR menetapkan esok hari penamaan calon manakala pengundian awal pula pada 14 Dis dan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Dis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan