Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS mahu ‘rampas’ semula Ba’kelalan

BySalasiah Safian

LAWAS, 5 Dis: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyasarkan untuk menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak ini.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari , Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, sasaran berkenaan ialah kerana demi kepentingan rakyat dan bukan atas dasar peribadi.

Katanya, GPS sentiasa berpegang kepada prinsipnya iaitu menjadikan Sarawak sebagai satu keutamaan dan ia akan terus diperjuangkan.

“Ada beberapa parti yang diwujudkan hanya ketika Pilihan Raya. Ada juga yang kecewa dengan parti asal, kemudian ‘melompat’ dan menubuhkan parti baharu. Ia cuma muncul pada Pilihan Raya.

“Bagaimana mereka boleh diharapkan untuk memimpin negeri? Jadi, kita harus berdiri teguh dan memastikan kemenangan besar di DUN Bukit Sari. Pastikan DUN Ba’kelalan dapat diambil balik oleh GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau juga menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) hanya akan dibangkitkan ketika PRN.

Tegasnya, isu ini sentiasa diperjuangkan dan pelbagai alternatif diambil untuk memastikan proses-proses ini berjalan lancar.

Pada PRN Ke-11 lalu, kerusi DUN Ba’kelalan menyaksikan saingan sengit yang dimenangi oleh Baru Bian yang ketika itu bertanding atas tiket PKR .

Baru mendapat 2,858 undi menewaskan wakil Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) Willie Liau yang mendapat 2,320 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan