Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Terima kasih kerana tidak bertanding di Sarawak – Abang Johari

ByFebbright James

BELAGA , 28 Nov : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengalu -alukan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Barisan Nasional (BN) yang tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.

Abang Johari berkata, beliau berterima kasih kerana parti politik dan gabungan yang berasal dari Semenanjung itu memberi laluan kepada rakyat negeri ini untuk menentukan masa depan sendiri.

” Saya yakin mereka faham politik di Sarawak, biarlah rakyat negeri ini yang pilih pemimpin mereka dan menentukan apa yang berlaku di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Asap di sini hari ini.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN Ke-12 Sarawak bulan depan malahan akan membantu GPS berdepan pilihan raya negeri ini pada 18 Disember nanti.

Sebelum ini, wujud desas desus mengatakan BERSATU Sarawak mahu meletakkan calon mereka di ‘beberapa kerusi’ dan berharap dapat ‘berbincang’ dengan GPS.

Begitupun, Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan gabungan berkenaan tidak akan menyerahkan kerusi mereka parti – parti lain sebaliknya akan diwakili oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Semalam, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa juga turut memberi jaminan mereka tidak akan bertanding di Sarawak kerana BN merupakan rakan akrab GPS.

Sehubungan itu, Annuar berkata, BN tidak akan menyaingi, menandingi atau menyertai PRN Ke-12 ini kerana memahami GPS merupakan kerajaan yang berprestasi tinggi dan menerima sokongan padu rakyat negeri ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pengesahan berkenaan merupakan perkembangan baik memandangkan GPS turut mempunyai wakil dalam Kerajaan Persekutuan yang turut dibentuk oleh BN dan BERSATU. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan