Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN12: Calon pengganti Manyin sudah dikenalpasti

ByLuqman Muhammad

SERIAN, 27 NOVEMBER: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mendedahkan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu sudah dikenalpasti bagi menggantikan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Micheal Manyin Jawong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN) Sarawak.

Bagaimanapun, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata nama calon tersebut hanya akan didedahkan pada hari penamaan calon yang akan dilangsungkan pada 6 Disember depan.

“Kita memang sudah ada calon bagi menggantikan Manyin.. tunggu sajalah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian di sini, pada Sabtu.

Terdahulu Datuk Amar Micheal Manyin Jawong mengesahkan dirinya tidak akan mempertahankan kerusi DUN Tebedu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan