Search
Close this search box.

Teknologi moden berupaya tingkatkan hasil tanaman

ByFebbright James

SERIAN, 26 Nov: Teknologi moden mampu meningkatkan hasil tanaman sekaligus menambahkan pendapatan golongan petani khususnya di luar bandar, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata kerajaan akan mempergiat usaha untuk memberi pendedahan kepada golongan petani dengan pengetahuan kaedah pertanian moden.

“Teknologi moden sememangnya dapat menambahkan hasil tanaman. Jadi saya minta Jabatan Pertanian untuk menganjurkan program bagi menjelaskan kepada petani berkaitan petanian moden termasuk fertigasi dan hidroponik.

“Saya ambil contoh di Rampangi apabila seorang jurutera mendapat pendapatan lumayan dan hasil yang banyak untuk tanaman halianya dengan menggunakan teknologi dan teknik tanaman yang moden,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Agriculture Community Outreach Program (AGRICOP) di Balai Raya Kampung Remun, Serian.

Tambahnya, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan menerusi Jabatan Pertanian untuk meningkatkan hasil tanaman petani Iuar bandar.

“Salah satu usaha kerajaan adalah memberi baja kepada pekebun kelapa sawit dan getah bagi. Selain itu, kerajaan juga akan menentukan mekanisme sesuai untuk menambahkan hasil pertanian mengikut jenis tanah,” ujarnya.

Katanya lagi, program Agriculture Community Outreach Program (AGRICOP) bertujuan memberi pendedahan secara langsung mengenai Teknologi Pertanian yang terkini kepada golongan sasar melalui syarahan, Pameran dan juga Model serta Demonstrasi Pertanian.

Peserta juga akan diberikan kursus pertanian moden dan juga bantuan baja dan racun beserta anak pokok nanas dan juga durian bagi merancakkan lagi industri pertanian disini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan