Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MELAKA, 20 Nov -- Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Command Center Barisan Nasional (BN) bagi melihat proses penjumlahan Undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini malam ini --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tidak rasmi : BN dakwa menang PRN Melaka

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 20 Nov : Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Sumber bilik gerakan BN memaklumkan , parti berkenaan menang 19 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Bagaimanapun dakwaan BN tentang kejayaan meraih majoriti dua pertiga itu setakat ini masih belum disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, kerusi ‘panas’ Tanjung Bidara menjadi milik BN menerusi calon UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang meraih 3,559 undi sekaligus mengatasi wakil Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yang mendapat 3,195 undi.

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang bertanding kerusi DUN Asahan atas tiket Pakatan Harapan (PH) juga dikhabarkan tumbang.

Sehingga kini, media -media tempatan melaporkan BN telah menang sembilan kerusi iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Machap Jaya, Ayer Molek, Rim dan Merlimau.

PH pula setakat ini menang tiga kerusi iaitu Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Bandar Hilir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan