Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MELAKA, 20 Nov -- Penyokong Barisan Nasional bersorak ketika melihat proses penjumlahan Undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center Barisan Nasional (BN) malam ini. 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

TERKINI : PH mengaku kalah di Melaka

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 20 Nov : Pakatan Harapan (PH) mengaku kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini.

Portal Berita Harian melaporkan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka menghormati keputusan rakyat Melaka yang ‘kembali’ memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negeri berkenaan.

“Pengundi Melaka membuat keputusan melalui peti undi pada hari ini menunjukkan mereka kembali meletakkan atau menerima BN kembali menubuhkan kerajaan,” katanya pada sidang media.

Sementara itu, sebentar tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan calon Ketua Menteri Melaka oleh BN, Datuk Sulaiman Md Ali mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lundu manakala calon PH mempertahankan kerusi Bandar Hilir.

Perikatan Nasional pula dikatakan merampas kerusi DUN Bemban.

Sementara itu, dilaporan Bilik Gerakan BN negeri riuh dengan sorakan penyokong mereka yang berkumpul selepas mendakwa telah menang 21 daripada 28 kerusi yang ditawarkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan