Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 19 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua,kanan) meninjau projek Tebingan Sungai di Kampung Lintang di Petra Jaya, hari ini.
Pembinaan tebingan sungai sepanjang 1.5 kilometer (KM) dari Kampung Sungai Bedil, Kampung Lintang sehingga ke Kampung Tanjung di Petra Jaya yang menelan kos sebanyak RM30 juta itu bertujuan untuk menaik taraf dan menjadi infrastruktur pelancongan di bandaraya Kuching serta mampu memberi peluang perniagaan kepada masyarakat setempat. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Projek benteng Sungai Sarawak bakal pacu sektor pelancongan – Ketua Menteri

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Nov : Kerja -kerja pembinaan tebing melibatkan beberapa kawasan di sekitar Sungai Sarawak ketika ini boleh dikategorikan sebagai projek serampang dua mata dengan salah satunya diyakini mampu memacu sektor pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini projek pembinaan dan pengindahan benteng sungai dari Kampung Sungai Bedil ke Kampung Lintang di Seberang Ulu yang bertujuan untuk menghalang hakisan juga bakal menjadi satu lagi tarikan pelancong di bandar raya ini kelak.

” Ini mampu menghidupkan semula sektor pelancongan negeri sejajar dengan matlamat yang digariskan kerajaan negeri dalam Pelan Pemulihan Pasca Covid-19 Sarawak (PCDS) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kemajuan pembinaan benteng sungai sepanjang 680 meter di Pangkalan Kampung Lintang di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek , Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali .

Berhubung projek berkenaan, Abang Johari menjelaskan, benteng ini dibina dari Kampung Lintang ke Kampung Tanjung dan dari Kampung Lintang ke Kampung Sungai Bedil. 

“Projek akan diteruskan dengan fasa kedua iaitu daripada Kampung Tanjung hingga ke Kampung Tupong Tengah manakala di bawah fasa tiga pula, kita akan bangunkan Pangkalan Kampung Lintang dengan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi kemudahan tertentu termasuklah jeti terapung dan kemudahan untuk bermain jet ski,” katanya.

Ujar Ketua Menteri, projek yang bermula pada 18 Febuari 2019 itu dijangka siap pada suku pertama 2022.

“Ini bermakna seluruh kawasan Seberang Ulu akan mempunyai tebingan sungai yang akan dapat menahan hakisan dan pada masa sama, kita juga dapat mencantikkan kawasan perkampungan ini serta membawa ke satu tahap yang lebih baik.

Katanya, ini seterusnya akan menyumbang kepada sektor pelancongan tempatan.

” Ini kerana kawasan berkenaan akan menjadi tarikan baharu memandangkan ia berhampiran dengan projek Jambatan Gantung baharu yang telah mendapat reaksi positif daripada rakyat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan