Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ALOR GAJAH, 20 Nov -- JOM UNDI ... Anggota Bomba Azhar Awli, 35, dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, hari ini. Proses pengundian PRN Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu. Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PRN Melaka, 57 peratus keluar mengundi

KUCHING, 20 Nov : Statistik keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Melaka telah melebihi separuh daripada jumlah pengundi berdaftar negeri itu.

Sehingga pukul 3 petang tadi, peratusan keseluruhan yang dicatatkan ialah sebanyak 57 peratus menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan parti yang ingin membentuk kerajaan perlu menang majoriti mudah sebanyak 15 kerusi.

Pemerhati politik sebelum ini merumuskan, tiga blok utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) akan bersaing sengit untuk merebut undian seramai 495,195 orang pengundi berdaftar di negeri itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan