Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPR tidak pernah menerima aduan rasmi mengenai pengundi hantu. Foto Bernama.

Peratusan keluar mengundi PRN Melaka rendah

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 20 Nov : Jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Melaka selepas lima jam pusat pengundian dibuka setakat ini hanya sekadar 43 peratus.

Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan itu dicatatkan pada pukul 1 petang tadi.

Sementara itu, calon Ketua Menteri Melaka baharu yang diumumkan Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin
tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar di sini pada pukul 7.53 pagi bagi menunaikan tanggungjawabnya dalam PRN Melaka.

Mas Ermieyati yang mencuba nasib bertanding kali pertama peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berdepan dua pencabar iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Zainal Hassan yang ditampilkan Pakatan Harapan di kerusi Tanjung Bidara.

Sementara itu, calon Ketua Menteri PH, Adly Zahari yang menyedari peratusan keluar mengundi rendah yang dicatatkan menyeru agak pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan parti yang ingin membentuk kerajaan perlu menang majoriti mudah sebanyak 15 kerusi.

Pemerhati politik sebelum ini merumuskan, tiga blok utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) akan bersaing sengit untuk merebut undian seramai 495,195 orang pengundi berdaftar di negeri itu. -TV

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan