Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar gaji minimum kekal atau naik masih dibincangkan MPGN - Saravanan

Kadar gaji minimum kekal atau naik masih dibincangkan MPGN – Saravanan

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Nov : Cadangan sama ada kadar gaji minimum dikekalkan atau dinaikkan masih dalam perbincangan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sebelum dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.

Beliau berkata Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah membentangkan hasil dapatan serta syor Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 pada mesyuarat MPGN yang berlangsung semalam.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah cadangan daripada majikan agar kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan manakala pihak pekerja mengesyorkan supaya kadar gaji minimum dapat dinaikkan.

“Namun demikian, MPGN belum membuat sebarang keputusan pada mesyuarat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Saravanan perbincangan serta perincian lanjut akan bersambung dalam mesyuarat MPGN pada 9 Dis ini sebelum dikemukakan untuk pertimbangan serta persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri.

Kajian Impak dan Kajian Semula PGM 2020 dilaksana JTPGN menerusi perundingan awam dan sesi libat urus membabitkan wakil majikan dan pekerja, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan orang awam bagi mendapatkan input tentang impak pelaksanaan gaji minimum terhadap sosioekonomi negara.

Mengikut Akta MPGN 2011 (Akta 732), PGM hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

PGM 2020 berkuat kuasa pada 1 Feb 2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan