Search
Close this search box.

Sarawak mulakan pembinaan Pusat Penyakit Berjangkit (SIDC) sendiri

KUCHING, 16 Nov : Penubuhan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan sektor bioperubatan di negeri ini dan seterusnya akan memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan modal insan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan SIDC merupakan bukti kukuh yang mencerminkan kesungguhan Kerajaan Sarawak meningkat keupayaan bioperubatan untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Ujar beliau, SIDC dan kompleks berkaitan yang bakal dibina itu akan menyediakan kemudahan lengkap untuk melaksanakan pelbagai ujian klinikal serta diyakini akan menyumbang peranan penting dalam penyediaan modal berkemahiran tinggi dalam bidang bioperubtan.

” Projek ini tepat pada masanya kerana kita perlu membangunkan keupayaan serta kepakaran sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang wabak pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah SIDC di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, beliau yakin potensi SIDC terus berkembang kerana dibina di lokasi strategik iaitu di Samarahan yang merupakan lokasi terletaknya universiti, pusat penyelidikan dan Taman Biodiversiti Sarawak.

” Sebelum ini SIDC bersama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah menjalankan kajian mengenai antibodi peneutralan COVID-19 di kalangan sukarelawan selepas di Sarawak selepas mereka menerima suntikan vaksin,” katanya.

Sementara itu, Micheal Manyin berkata, SIDC dilengkapi dengan makmal Bio-Safety Level 3 (BSL-3) untuk membolehkan penyelidikan dan pembangunan ke atas agen berjangkit BSL-3, dan seterusnya ujian produk untuk memastikan pengkomersilan keluaran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

“SIDC akan memberi tumpuan kepada dua teras iaitu membangunkan kapasiti dan pengetahuan untuk bertindak balas terhadap pandemik masa depan dan ancaman yang muncul, melalui pembangunan modal insan dan penyelidikan yang memberi impak,” katanya. TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan