Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarang penagihan dadah Tabuan Hilir digempur, 16 ditahan

KUCHING, 16 Nov : Ops Tapis yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Kampung Tabuan Hilir semalam berjaya menahan 16 individu termasuk seorang wanita.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, ketika serbuan berkenaan, salah seorang suspek lelaki berusia 37 tahun bertindak terjun ke dalam sungai dan ditemukan lemas kira – kira pukul 10.37 pagi.

Sehubungan itu katanya, polis memohon kerjasama orang ramai supaya menghormati keluarga suspek yang lemas itu dengan tidak menularkan video kejadian berkenaan.

“Kesemua tangkapan berkenaan dilakukan menerusi dua siri serbuan bermula pukul 10 pagi. Serbuan pertama menyaksikan seramai 12 lelaki warga tempatan yang berusia antara 21 hingga 44 tahun ditahan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah jenis amphetamine dan mempunyai rekod lampau kes dadah dan kini disiasat mengikut Seksyen 39a(1) ADB 1952.

Sementara itu katanya, selang lima minit kemudian, anggotanya melakukan serbuan kedua dan berjaya menahan empat orang termasuk seorang wanita yang berusia dalam lingkungan umur 23 hingga 40 tahun.

“Pemeriksaan telah menjumpai tujuh paket plastik berwarna merah dan satu paket lutsinar di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu di ruang tamu sebuah rumah ,” katanya.

Ketiga – tiga suspek lelaki mempunyai rekod kesalahan lampau dadah manakala suspek perempuan tidak mempunyai rekod .

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan