Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Sarawak: Permohonan undi pos luar negara, petugas keselamatan, kesihatan dibuka hingga 24 Nov

KUCHING, 16 Nov : Permohonan undi pos secara dalam talian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak buat warganegara Malaysia di luar negara dan mereka dalam sektor keselamatan serta kesihatan telah dibuka bermula 8 hingga 24 November depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata , permohonan itu adalah buat pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan dan Kesihatan) sahaja.

“Permohonan undi pos kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) akan dimaklum kelak.

“Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang MySPR Daftar di pautan berikut https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my/,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata pemohon juga dinasihatkan agar membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan.

Jelasnya lagi sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian 03-88927080 atau e-mel kepada upup@spr.gov.my.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Nov berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak, yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lepas.

Penamatan Proklamasi Darurat itu secara tidak langsung memberi laluan kepada PRN Sarawak diadakan setelah tempoh mandat kerajaan negeri Sarawak tamat pada 6 Jun lepas.

Mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 24 Nov di Kuching, Sarawak. -TVS

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan