Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Made in Sarawak, Coklat Borco semakin mendapat tempat

KUCHING, 16 Okt : Bermula dengan melakukan eksperimen merendam milo sehingga cair untuk dijadikan coklat, Regina Lambar kini mengorak langkah sebagai usahawan yang menjual pelbagai jenis coklat jenama sendiri.

Menggunakan label Coklat Borco yang mana bahan utamanya didapati dari seluruh Pulau Borneo, Regina tidak memandang ke belakang lagi apabila meluncur laju dalam perniagaannya.

Ditemui TVS baru – baru ini, wanita kelahiran Lubuk Antu ini sempat mengimbas kenangan ketika zaman kanak – kanaknya yang sangat gemar menonton iklan coklat di televisyen.

” Sejak itu, saya mula menyimpan angan – angan untuk mencipta coklat jenama sendiri dan menjualnya pada harga yang murah supaya lebih ramai orang berpeluang menikmatinya,” katanya.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, pada 2019 dia mula ‘lebih serius’ dalam perniagaannya dan aktif mencipta pelbagai perisa coklat baharu.

” Setakat ini, saya telah menghasilkan pelbagai coklat berperisa madu kelulut, terung asam, lada hitam dan empelajo,” terangnya.

Tidak terhenti di situ, dia mencipta kelainan dengan memperkenalkan coklat berperisa lada hitam dan pudina yang boleh dimakan oleh ibu yang sedang berpantang kerana boleh memanaskan badan di samping sesuai untuk pesakit diabetes.

Menyedari potensi ekonomi digital yang mekar berkembang, Regina turut memanfaatkan sektor itu apabila kini lebih agresif mempromosikan produknya menerusi pelbagai platform media sosial.

” Saya menggunakan Shopee, Facebook dan Lazada untuk meneroka segmen pasaran baharu. Dalam dalam tempoh dua minggu , sebanyak 800 hingga 1,000 bar coklat berjaya dijual dengan keuntungan sekitar RM3,000,” katanya.

Pada masa sama, wanita ini gembira kerana perniagaan ini turut membuka peluang kepada suri rumah bergelar agen sekaligus menjana pendapatan kepada mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan