Search
Close this search box.
MELAKA, 16 Nov -- Pasangan suami isteri anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat selepas mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 di Pusat Pengundian Awal Kem Bukit Beruang hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Hampir 90 peratus pengundi awal di PRN Melaka laksanakan tanggungjawab

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 16 Nov : Seramai 10 390 orang pengundi awal keluar menunaikan tanggungjawab mereka bagi proses mengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu mewakili sebanyak 89.9 peratus yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis yang mengundi di 31 pusat yang dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang tadi.

Ujar beliau, proses pengundian awal hari ini berjalan lancar dengan amalan pematuhan garis panduan pencegahan COVID-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang berkuatkuasa.

” SPR ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana melaksanakan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, SPR juga berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) , Majlis Keselamatan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, media dan semua pihak yang terlibat memberikan sokongan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan