Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Yayasan Ragad santuni penduduk Daerah Bau

Kredit gambar, Jabatan Penerangan Malaysia

BAU, 14 Nov : Bantuan sebanyak 50 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan memerlukan sempena Program Kamek Prihatin anjuran Yayasan Ragad di daerah ini.

Pengarah Operasi Yayasan Ragad, Sarhan Ismail berkata, bantuan ini buat julung kalinya diagihkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru.

“Pada masa hadapan, kami akan meneruskan lagi usaha-usaha memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan di kawasan ini dan seluruh Sarawak.

“Program ini dianjurkan bagi menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan semasa pandemik COVID-19 serta tindak balas kepada situasi yang dihadapi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan di sini hari ini.

Sempena program itu, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib berbesar hati untuk menyerahkan sendiri bantuan bakul makanan kepada penerima.

Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ragad, Datuk Riffai Husain.

Beliau menambah, bakul makanan yang diserahkan mengandungi barangan keperluan seperti beras, minyak, gula dan sebagainya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan