Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suku akhir Piala Malaysia , Sarawak United FC tumpas 1 -2 kepada Terengganu FC

Kredit gambar MFL

KUCHING, 14 Nov : Peluang Sarawak United FC untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2021 masih belum tertutup biarpun tewas 1-2 kepada Terengganu FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2021 sebentar tadi.

Sarawak United FC yang kali terakhir layak ke separuh akhir pada 2013, bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dengan reputasi selaku Naib Juara Liga Perdana tahun ini di samping masih segar dengan kejayaan menyingkirkan dua pasukan Liga Super , Pulau Pinang FC dan Sri Pahang FC dalam kempen kali ini.

Begitupun, tuan rumah yang beraksi di hadapan lebih 7,000 penyokongnya nyata pantas mengawal permainan dan berhasil mendapat jaringan pertama pada minit ke-16 menerusi Faisal Halim.

Tersentak dengan asakan tuan rumah, Sarawak United FC mula memberi cabaran dengan formasi serangan yang lebih tersusun menerusi gandingan Sandro Da Silva dan Uche Agba.

Gol penyamaan Sarawak United hadir pada minit -21 apabila pemain tuan rumah, Shahrul Nizam tertampal bola lintang hantaran Tommy Mawat Bada.

Keputusan berkenaan kekal hingga separuh masa pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, tuan rumah kembali mengemaskan corak permainan dengan asakan bertali arus ke arah kubu skuad Ngap Sayot.

Berpunca dari hantaran Jordan Mintah ke Faiz Nasir, pemain lincah itu terus melepaskan sepakan kencang untuk menewaskan Sharbinee Allawee pada minit ke-50.

Keputusan berkenaan kekal hingga permainan berakhir namun Sarawak United FC masih berpeluang mara ke separuh akhir berbekalkan jaringan gol satu yang dibawa pulang.

Begitupun, skuad kendalian E. Elavarasan perlu menang dengan keputusan sekurang-kurangnya 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua pada Rabu depan di Stadium UiTM Shah Alam.

Keputusan suku akhir lain menyaksikan Kedah Darul Aman FC mengikat JDT 0-0 di Alor Setar manakala Kuala Lumpur City FC menumpaskan Selangor FC 2-0.

Melaka United pula menundukkan Sabah FC 1-0 di tempat lawan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan