Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kontraktor disaring ketat dibawah Sistem Kontraktor Penyelamat

BySalasiah Safian

KUCHING, 14 Nov : Kementerian Kerja Raya (KKR) mewujudkan Sistem Kontraktor Penyelamat untuk menyelesaikan masalah projek ‘sakit’ yang wujud akibat daripada kelewatan pembinaan serta gagal disiapkan mengikut jadual.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dibawah sistem berkenaan, pihak kontraktor perlu menjalani saringan yang ketat.

“ Kontraktor perlu menjalani sekurang-kurangnya tiga saringan sebelum disahkan boleh mendapat status kontraktor pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus bersama media di sini hari ini.

Menerusi sistem berkenaan juga, kontraktor akan dinilai dari sudut keupayaan kewangan, pengalaman, teknikal, peralatan yang digunakan serta pelbagai lagi aspek lain.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, sistem ini juga diwujudkan untuk memastikan projek-projek berkenaan dapat disiapkan untuk kemudahan rakyat.

“Sebarang projek yang diambil alih oleh kontraktor penyelamat tidak semestinya akan menyebabkan kenaikan kos pembinaan.

“Biasanya apa yang berlaku ialah kontraktor gagal menyiapkan projek. Jadi projek ini terpaksa ditender semula. Harga untuk sesuatu projek mungkin berbeza mengikut keadaan semasa seperti kenaikan harga barang,” ujarnya.

Semalam, Fadillah berkata sebanyak 15 projek infrastruktur KKR di Sabah dan Sarawak diklasifikasikan sebagai projek ‘sakit’ yang lewat pembinaan serta gagal siap mengikut jadual. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan