Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerusi DUN Tasik Biru dijangka ‘panas’ – Henry

ByOdleen Catherny

BAU, 14 Nov : Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia berdepan saingan lebih daripada dua penjuru dalam usaha untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Jinep berkata, berdasarkan ‘cakap -cakap’ termasuk di media sosial, kemungkinan akan berlaku pertandingan sehingga empat penjuru di DUN berkenaan.

Pada masa sama katanya, tidak mustahil juga akan muncul lebih daripada empat calon pada hari penamaan kelak kerana kawasan itu mempunyai reputasi sebagai ‘kerusi panas’.

” Ramai yang ingin merebut kerusi Tasik Biru dan di pihak GPS, kami mengalu-alukan kehadiran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Kamek Prihatin anjuran Yayasan Ragad di sini hari ini.

Pada PRN 2016, Henry yang bertanding di atas tiket Parti Demokratik Progresif (PDP) menang kerusi berkenaan apabila mendapat 6,922 undi sekaligus menewaskan calon DAP, Mordi Bimol dengan majoriti 1,288 undi.

Sementara itu, Henry berkata, parti -parti komponen terutamanya wanita GPS kawasan berkenaan sudah bersedia untuk berkempen bagi memastikan kemenangan wakil mereka.

” Saya berasa bertuah kerana wanita – wanita GPS di Tasik Biru mempunyai gerak kerja yang tersusun dan difahamkan mereka telah bermesyuarat untuk melaksanakan strategi cuma saya tidak boleh dedah sekarang, tunggulah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat pengumuman terlebih dahulu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan