Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak-kanak enam tahun antara 16 PATI gagal masuk Malaysia

LUNDU, 14 Nov: Cubaan 16 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun
untuk memasuki Sarawak menggunakan laluan tikus gagal apabila telah diusir oleh pasukan tentera.

Menurut jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas Satu Divisyen, mereka dikesan cuba memasuki negara ini melalui kawasan ladang kelapa sawit di Biawak pada jam 3.30 petang semalam namun telah ditahan oleh sepasukan anggota tentera yang sedang menjalankan tugas serkap.

“Setelah ditahan dan disoal siasat, kesemua 16 individu terdiri daripada 11 lelaki berumur antara 19 hingga 45 tahun dan empat wanita berumur antara 21 hingga 39 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun merupakan Pati kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kumpulan PATI terbabit dikesan memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia dengan berjalan kaki.

“Mereka juga mengaku memasuki negara ini untuk mencari pekerjaan di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian tersebut merupakan cubaan kali kedua pengusiran keluar PATI yang cuba memasuki Malaysia dari arah Indonesia dalam tempoh kurang 48 jam.

Kesemua mereka telah diusir dan laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan