Search
Close this search box.
Berkuat kuasa 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. --foto Bernama

Doktor, petugas kesihatan Malaysia berpeluang bekerja dan timba kepakaran di UK – Khairy

KUALA LUMPUR, 8 Nov : Malaysia dan United Kingdom (UK) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam sektor kesihatan bagi memudahkan lebih ramai doktor dan pekerja kesihatan Malaysia untuk bekerja serta meningkatkan kepakaran di negara itu.

Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata , perjanjian itu akan membuka ruang kepada doktor dan pekerja kesihatan Malaysia terutama mereka yang menamatkan latihan atau pengajian di negara berkenaan untuk terus berkhidmat dengan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK.

“Kita mengalu-alukan MoU ini sebagai satu langkah yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Untuk UK, sudah pasti dari segi tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor kesihatan mereka.

“Bagi Malaysia, peluang untuk doktor Malaysia menceburi bidang masing-masing di UK dan di dalam perkhidmatan kesihatan UK atau NHS,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani semasa pertemuan Khairy dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dengan Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK Elizabeth Truss.

Truss yang tiba di Malaysia semalam, sedang dalam rangka lawatan pertama ke rantau Asia Tenggara sejak dilantik sebagai Setiausaha Luar UK pada September lepas.

Selain itu, Khairy berkata Malaysia juga berminat untuk bekerjasama dengan UK dalam bidang penyelidikan dan pembangunan vaksin susulan penaiktarafan Institut Genom Malaysia kepada Institut Genom dan Vaksin Malaysia baru-baru ini.

Perbincangan tidak rasmi mengenai perkara itu telah dimulakan dan akan disusuli dengan perbincangan di peringkat Kementerian Kesihatan dengan Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia.

“Kita mengalu-alukan kerjasama dengan UK yang telah berjaya membangunkan vaksin AstraZeneca dan ini adalah satu bidang yang penting untuk kita bekerjasama,” katanya.

Khairy turut menyatakan minat Malaysia untuk bekerjasama dengan negara itu dalam bidang rekod kesihatan elektronik, mengambil kira pengalaman UK melalui NHS yang sangat ke hadapan dalam bidang itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan