Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan, namun akhirnya ‘terjebak’ sebagai pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan dalam talian.

Tiga termasuk dua warga Pakistan maut motosikal bertembung di Port Dickson

ByBernama

SEREMBAN, 2 Nov: Tiga termasuk dua warga Pakistan maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 4, Jalan Chuah- Bukit Pelandok, Port Dickson dekat sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, motosikal ditunggang seorang pekerja kontrak warga tempatan P. Daneshwaran, 22, dipercayai bertembung dengan motosikal dinaiki dua lelaki warga Pakistan iaitu Usman Muhammad, 34, dan Hassan Ahmad, 29.

Aidi Sham berkata siasatan awal mendapati motosikal Honda Wave milik Daneswaran yang sedang dari arah Lukut menghala ke Bukit Pelandok dikatakan telah bertembung motosikal Modenas Kriss yang ditunggang Usman, juga seorang pekerja kontrak, dari arah bertentangan.

“Susulan pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai terpelanting di atas jalan raya dalam kejadian hujan lebat.

“Akibat kemalangan berkenaan, kesemua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan Usman disahkan maut di lokasi kejadian manakala Daneshwaran dan Hassan meninggal dunia di Hospital Port Dickson ketika mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Aidi Sham berkata siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan