Search
Close this search box.

JKN Perak tunggu laporan lengkap bedah siasat remaja meninggal dunia selepas vaksinasi

ByBernama

IPOH, 31 Okt: Jabatan Kesihatan Negeri Perak masih menunggu laporan bedah siasat lengkap bagi mengetahui punca sebenar kematian seorang remaja lelaki sehari selepas menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat di sini pada 23 Okt lepas.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata kesemua sampel tisu dalam badan remaja berusia 15 tahun itu telah dihantar bagi pemeriksaan lanjut Pakar Perubatan Forensik Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana terdapat keputusan ujikaji yang belum diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan pada kira-kira pukul 3.40 petang hari kejadian (24 Okt lepas) mendapati terdapat penyempitan saluran paru-paru (Spontaneous Bronchospasm).

“Beliau juga tidak memaklumkan sebarang masalah atau komplikasi selepas menerima suntikan dos pertama. Pada 24 Okt kira-kira pukul 9.30 pagi sehari selepas suntikan vaksin, beliau ditemui dalam keadaan sesak nafas sebelum tidak menyedarkan diri di rumah,” katanya.

Katanya remaja itu kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.40 pagi.

— BERNAMA

Tags: #bm, kkm, ppv, vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan