Search
Close this search box.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga sasterawan negara

KUALA LUMPUR, 28 Okt– Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Ahmad Kamal, yang lebih dikenali dengan nama pena Kemala, dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik di Facebook semalam.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada negara khasnya dalam dunia sastera tanah air.

Allahyarham bergiat aktif demi bahasa dan persuratan Melayu serta banyak memberi sumbangan dalam perkembangan sastera tanah air dan nusantara.

Ahmad Kamal juga pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka dari 1968 sebagai penolong penyunting sebelum menjadi editor majalah sastera dan bersara pada 1996 sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan.

Allahyarham, yang juga penyair, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara pada 2011 serta pernah merangkul Anugerah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA).

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan