Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyamun tercicir dompet diburu
Penyamun tercicir dompet diburu

Penyamun tercicir dompet diburu

Sibu, 23 Okt: Seorang lelaki yang menyamun sebuah kedai serbaneka di Sibu kini ‘tidak senang duduk’ apabila dompetnya tercicir di tempat kejadian ketika melakukan jenayah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Collin Babat berkata,dalam kejadian pada pukul 6 petang Khamis lepas, seorang juruwang wanita di kedai berkenaan sedang menyusun barang apabila seorang lelaki muncul dan berpura- pura sebagai pelanggan.

Katanya, suspek kononnya mahu membeli air dan kad tambah nilai sebanyak RM50 serta rokok.

“ Suspek kemudian terus melompat masuk ke kaunter sambil memegang pisau yang diacukan ke arah pekerja namun gagal selepas berlaku pergelutan dan dia melarikan diri,” katanya.

Menurut Collin, berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki itu merupakan suspek sama yang menyamun sebuah kedai serbaneka lain dua hari sebelumnya apabila pakaiannya sama iaitu topi hitam jenama Puma, pelitup muka warna hitam, berbaju lengan panjang, seluar jean dan berkasut hitam jenama Adidas.

Katanya, tiada kerugian dialami dalam kejadian itu dan kes disiasat Kes mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan senjata. – TVS

Tags: penyamun, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan