Search
Close this search box.
Miri mula beri suntikan kanak-kanak 5 - 12 tahun hari ini

Hanya empat PPV Awam di Melaka masih beroperasi

ByBernama

MELAKA, 22 Okt: Hanya empat pusat pemberian vaksin (PPV) awam masih beroperasi di negeri ini selepas kadar vaksinasi populasi dewasa di Melaka mencapai 92.4 peratus sehingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman.

Beliau berkata empat PPV tersebut ialah PPV Encore, Klebang yang beroperasi hingga 2 Nov, manakala PPV Dewan Ahmad Ithnin, PPV Dewan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Seri Umbai dan PPV Dewan Alamanda berakhir pada 27 Okt depan.

“Kebanyakan PPV telah ditutup secara berperingkat selepas proses vaksinasi populasi penduduk dewasa yang mendaftar mencapai 90 peratus bagi dos satu dan dua.

“Bagi individu yang masih belum melengkapkan dos, mereka akan menerima vaksin di PPV sedia ada selain digunakan untuk pelajar-pelajar iaitu remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang turut dijalankan di sekolah menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK),” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di sini hari ini.

Rahmad berkata kes positif di Melaka menunjukkan penurunan selain penggunaan hospital bagi rawatan COVID-19 di wad hanya sekitar 35 peratus manakala jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) antara 15 hingga 17 pesakit setakat ini.

Tags: MOVAC, ppv, PRN, sop, vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan