Search
Close this search box.
covid-19
Cases of the highly infectious COVID-19 Omicron variants, namely the BA.2.12.1 and BA.5, have been detected in Sarawak recently, according to the Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM).

COVID-19: Sarawak kembali catat tiga angka kes

ByOdleen Catherny

KUCHING, 12 Okt : Sarawak kini kembali mencatatkan tiga angka kes dengan hanya 834 kes dilaporkan, iaitu penurunan sebanyak 203 kes berbanding 1,037 kes baharu direkodkan, semalam.

Menurut satu kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 98.44 peratus atau 821 kes adalah daripada kategori 1 dan 2, manakala hanya 13 kes direkodkan dalam kategori 3, 4 dan 5.

JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 28 kes kematian akibat wabak itu disahkan sejak 30 September hingga 11 Oktober lepas, iaitu kesemua kematian melibatkan individu dari kumpulan umur, 50an hingga 90an.

Dua kluster baharu turut dikesan iaitu Kluster Putai 2 di Bukit Mabong dan Kluster Air Awat-Awat di Lawas.

Sementara itu lapan lokasi melibatkan Daerah Julau, Sri Aman, Limbang dan Saratok diarah untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tiga lokasi di Julau dan satu di Sri Aman diarahkan untuk menjalani PKPD bermula 12 hingga 21 Oktober, tiga lokasi di Limbang pula akan mula menjalani PKPD pada 13 Oktober hingga 22 Oktober depan.

Menurut kenyataan itu lagi, satu lokasi di Saratok menjalani tempoh PKPD bermula 13 Oktober dan dijangka tamat pada 23 Oktober 2021.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan