Search
Close this search box.

Lakukan saringan COVID-19 sebelum pulang kampung, rumah panjang – Uggah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 8 Okt : Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah menggalakkan setiap individu yang merancang untuk pulang ke kampung halaman, rumah panjang dan sebagainya untuk melakukan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

Ini susulan kelonggaran merentas daerah yang telah dibenarkan sejak Rabu lepas tanpa keperluan mendapatkan permit polis.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengakui meskipun terdapat penurunan dalam kes harian COVID-19 di Sarawak namun risiko peningkatan kes tetap ada susulan orang ramai kini bebas bergerak ke mana-mana sahaja dalam negeri.

“Saya mohon kepada semua supaya mengambil berat akan pematuhan garis panduan dengan penuh berdisiplin terutamanya mereka yang nak balik ke kampung-kampung halaman, rumah-rumah panjang.

“Setiap individu dinasihatkan untuk melakukan ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) yang boleh didapati di mana-mana farmasi ataupun kedai-kedai sebelum bergerak pulang.

“Dengan melakukan ini juga, sekurang-kurangnya anda dapat melindungi ahli-ahli keluarga terutamanya mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Doa Kesyukuran Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau memuji inisiatif UNIFOR dalam menganjurkan majlis berkenaan yang sekaligus memaparkan kesepaduan masyarakat di Sarawak meskipun berbilang bangsa dan agama.

Beliau berharap inisiatif ini diteruskan dalam memastikan keakraban sesama agama terus kukuh.

“Bagi mengelak berlakunya salah faham dalam komuniti, kita hendaklah sentiasa mengamalkan kebersamaan dalam melakukan yang terbaik, berdoa serta mencari objektif yang sama meskipun berbeza kepercayaan,” ujarnya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan