Search
Close this search box.
Tiada sampel produk kicap soya termasuk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng jenama ABC dikesan mengandungi sulfur dioksida. Foto: BERNAMA

Covid-19 : 392 kes melibatkan VOC dikesan setakat semalam – KP Kesihatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Oktober — Sebanyak 392 kes positif COVID-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di dalam negara bagi tempoh 25 Sept lepas hingga semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 384 kes adalah daripada varian Delta (B.1.617.2) dan lapan lagi membabitkan varian Beta (B.1.351).

Dr Noor Hisham berkata kajian mutasi ‘Spike Protein COVID-19’ di Malaysia itu dijalankan enam konsortium iaitu Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM), Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi Mara.

Turut terlibat ialah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika UM (TIDREC-UM), Institut Genom Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Dr Noor Hisham berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikategorikan sebagai VOC dan varian bawah pemerhatian (VUM) adalah sebanyak 2,252 kes. 

Dr Noor Hisham berkata daripada 2,252 kes yang dikesan, sebanyak 2,232 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah varian mempunyai kepentingan (VOI). 

“Secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 1,996 kes varian Delta, 222 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha berada dalam kategori VOC,” katanya.

VUM terdiri daripada Theta, Kappa dan Eta selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 30 Sept lepas meletakkannya dalam varian itu. Sebelum ini, ketiga-tiganya dikategorikan sebagai VOI.

Kini, hanya Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) dikategorikan sebagai VOI. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan