Search
Close this search box.
FILE PHOTO: Brunei's Second Minister of Foreign Affairs Erywan Pehin Yusof addresses the 74th session of the United Nations General Assembly at U.N. headquarters in New York City, New York, U.S., September 30, 2019. REUTERS/Brendan McDermid/File Photo

20 terbunuh gempa bumi Pakistan, ASEAN pertimbang ‘boikot’ junta Myanmar dan 929 kematian harian COVID-19 di Rusia – Ringkasan Global

ByFirdaus Ismail

1) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada rakyat Eropah supaya melakukan perjalanan sempena cuti musim panas dengan penuh bertanggungjawab kerana benua berkenaan masih berdepan risiko bahaya dalam pertempuran melawan COVID-19 walaupun terdapat penuruan kes jangkitan sejak beberapa minggu lalu. Ketua WHO Eropah, Hans Kluge berkata, peringatan itu disuarakan kerana terdapat pelbagai pertandingan sukan dan festival berskala besar serta peningkatan aktiviti sosial dijangka akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

2) Rusia melaporkan sebanyak 929 kematian akibat COVID-19 semalam iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik berkenaan melanda. Pihak berkuasa kesihatan negara berkenaan turut mengesahkan sebanyak 25 133 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu iaitu sedikit peningkatan berbanding hari sebelumnya.

3) Sekurang – kurangnya 20 terbunuh akibat gempa bumi berukuran 6.0 skala ritcer menggegarkan selatan Pakistan pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan. Lebih 200 orang dilaporkan cedera.

4) Kazakhstan telah menandatangani perjanjian untuk membeli sebanyak 4 juta dos vaksin Pfizer COVID-19, kata Menteri Kesihatan Alexei Tsoi. Negara berkenaan bercadang untuk memberikan suntikan pelalian itu kepada remaja berusia 12 tahun ke atas dan wanita hamil.

5) Negara Asia Tenggara kini sedang mempertimbangkan untuk mengecualikan ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing daripada sidang kemuncak, bulan ini. Perkara itu disahkan Menteri Luar Kedua Brunei, Erywan Yusof, susulan tindakan junta Myanmar yang dilihat tidak proaktif dalam menangani keadaan kacau bilau di negara itu selepas rampasan kuasa Februari lalu. -TVS

Sumber Reuters.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan