Search
Close this search box.
lemas lundu
lemas lundu

Pesara kerajaan ditemui lemas di Pantai Batu 4, Port Dickson

ByBernama

PORT DICKSON, 5 Oktober — Mayat seorang persara kerajaan yang lemas selepas mandi di laut ditemui di tepi pantai Batu 4 1/2, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Redzuan Goonasagaran Abdullah, 59 tahun.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan seorang penginap resort berdekatan dalam keadaan terdampar di tepi pantai itu pada pukul 6.30 petang.

“Menurut keluarga mangsa, sebelum kejadian lelaki berkenaan telah keluar dari rumah pada pukul 6 petang dengan menunggang motosikal seorang diri untuk mandi di laut kerana badan mangsa berasa gatal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Port Dickson dan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima aduan mengenai penemuan mayat berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai telah lemas seorang diri setelah mandi di pantai tersebut.

Laporan bedah siasat Hospital Port Dickson mengesahkan punca kematian disebabkan ‘Fatal Drowning’.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan