Search
Close this search box.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

Sarawak catat penurunan jumlah kluster aktif

KUCHING, 28 Sept: Sarawak mencatatkan penurunan jumlah kluster aktif COVID-19 selepas tiada kluster baharu diisytiharkan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, terdapat 115 kluster aktif COVID-19 pada Selasa berbanding 117 pada Isnin.

Selain itu, dua kluster turut diisytiharkan tamat pada Selasa iaitu Kluster Paon Rimu, Serian dan Kluster Sungai Sangan, Tatau.

Dalam pada itu, Sarawak pada Selasa merekodkan 2,358 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes berjumlah 204,170 kes.

99.41 peratus atau 2,344 kes daripada kes adalah kategori satu dan dua manakala 0.59 peratus (14 kes) kategori tiga, empat dan lima.

JPBN Sarawak turut memaklumkan 16 kematian direkodkan di Sarawak daripada 9 hingga 27 September 2021.

Sementara itu, sejumlah 12 lokaliti di Sarawak yang melibatkan rumah panjang dan tempat kerja dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Rumah Tuntun di Sri Aman, Rumah Libau dan Rumah Kunjan (Pakan) dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 7 Oktober manakala Sarawak Slipways Sdn Bhd (Miri) hingga 8 Oktober.

PKPD di Rumah Gerinching, Rumah Buni dan Rumah Meringai (Sarikei), Rumah Panjang Sigah (Dalat), Rumah Asol (Saratok), Rumah Galing (Kabong) serta Rumah Beti dan Rumah Randi di Entanak bermula dari 29 September hingga 9 Oktober.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan