Search
Close this search box.
KUCHING 28 September 2015. Interview Minister of Land Development Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing at Bangunan Baitul Makmur, Kuching, Sarawak. NSTP/Salhani Ibrahim

‘Keadaan saya bertambah baik’ – Masing

KUCHING, 28 Sept : Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing mengesahkan dirinya dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19.

“Ya betul, kemasukan saya ke hospital adalah disebabkan COVID-19,” katanya.

Walaubagaimanapun, ketika dihubungi TVS, beliau memaklumkan keadaannya bertambah baik jika dibandingkan dengan dua hari yang lepas.

“Batuk dan demam yang saya alami kini bertambah baik jika dibandingkan dua hari yang lepas,” jawabnya ringkas.

Beliau mengalami simptom virus berkenaan sebelum menjalani ujian saringan RT PCR.

Untuk rekod, beliau telahpun menerima dua dos vaksin COVID-19.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Mohon agar masyarakat di luar sana segera mendapatkan suntikan vaksin dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,“ tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan