Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan di ibu kota dilaksanakan sebagai salah satu cara mengekang risiko penularan COVID-19 dari satu tempat ke tempat yang lain ketika tinjauan hari ini.?Pelaksanaan itu dilihat wajar dalam membolehkan pemeriksaan lebih rapi di SJR tersebut serta memastikan pergerakan keluar masuk orang awam lebih terkawal dengan surat kebenaran rasmi dan urusan kecemasan.?Kerajaan kini melanjutkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara selama 14 hari bermula 15 Jun sehingga 28 Jun.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sarawak beralih ke Fasa 3 PPN sepenuhnya bermula Oktober

ByOdleen Catherny

KUCHING, 27 Sept : Zon Selatan Sarawak yang sebelum ini masih diletakkan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini diisytiharmberalih ke Fasa 3 menjelang Oktober, sekaligus meletakkan negeri ini di Fasa 3 sepenuhnya.

Penetapan ini diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setelah membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN bagi Zon Selatan.

“Seluruh Sarawak akan berada dalam PPN Fasa 3 berkuatkuasa 1 Oktober 2021 (12.01 pagi).

“Zon Selatan (Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan, Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu),” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Sehubungan itu, beberapa aktiviti turut dibenarkan beroperasi mulai tempoh yang sama namun dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Am PPN Sarawak yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negera MKN Sarawak.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) pada masa sama membenarkan pengoperasian kedai nombor ramalan, Spa, Wellness & Reflexology, Pusat Kecantikan, Kafe Pusat Siber, Kedai menjual permainan kanak-kanak serta Pusat rekreasi Snuker & Biliard dan memancing udang.

Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (MYSS) pula membenarkan Pusat Gimnasium, Premis/Studio Aktiviti Zumba, yoga dan aktiviti bersenam seumpamanya termasuk kolam renang turut mula beroperasi menjelang Oktober.

“Aktiviti pelancongan dan produk tarikan pelancong di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) turut dibenarkan buka,” katanya lagi.

JPBN Sarawak menegaskan pergerakan rentas daerah Fasa 3 masih memerlukan permit polis.

Manakala, pemandu dan pekerja bagi kenderaan membawa barang dan perkhidmatan perlu wajib menjalani saringan ‘RTK-Antigen’ atau ‘Saliva Test’ setiap 7 hari selain daripada mendapatkan permit Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika perlu melaksanakan tugas secara merentas daerah dengan kerap/berkala.

“Keputusan ini berkuatkuasa mulai 28 September 2021,” tegasnya.

Sarawak mengesan 2,723 kes positif COVID-19 baharu dimana 99.56 peratus daripadanya adalah kategori 1 dan 2.

Pada Isnin juga JPBN memaklumkan 19 kematian baharu akibat wabak berkenaan dari bahagian Kuching, Sibu, Sri Aman, Serian, Sarikei dan Bintulu.

Dua kluster turut dikesan iaitu Kluster Tembok Limbang dan Kluster Melaban, kedua-duanya di Limbang.

“Kluster Tembok Limbang, Limbang merupakan kluster pusat tahanan di Penjara Pusat Limbang, Limbang manakala Kluster Melaban, Limbang merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang yang terletak di Melaban, Nanga Medamit, Limbang,” katanya.

Sebanyak tujuh (7) lokasi dari daerah-daerah sebauh, Sri Aman, Meradong, Limbang, Saratok dan Kabong diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan