Search
Close this search box.

Sarawak jadi negeri terawal terima dos penggalak bermula Oktober

ByDouglas Elliot

KUCHING, 26 Sept: Sarawak bakal menjadi antara negeri terawal yang akan memberi suntikan dos penggalak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin akan diberi kepada golongan rentan berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi yang serius.

“Dos penggalak ini kita akan mula pada bulan Oktober apabila kita sudah siap dengan garis panduan klinikal,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat khas imunisasi dan pengurusan pandemik bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di bangunan Wisma Bapa di sini, pagi tadi.

Tambah Khairy, jenis vaksin yang akan diguna pakai sama ada jenis vaksin yang sama yang diterima terdahulu atau sebaliknya masih sedang diteliti.

Bagaimanapun, jelas beliau, suntikan dos penggalak ini hanya tertumpu kepada golongan rentan terlebih dahulu dan bukan untuk semua.

Khairy berada di Sarawak untuk lawatan kerja di Kuching dan akan melawat Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan