Search
Close this search box.
covid-19
Cases of the highly infectious COVID-19 Omicron variants, namely the BA.2.12.1 and BA.5, have been detected in Sarawak recently, according to the Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM).

Sarawak rekod 2,825 kes baharu, 14 kematian

KUCHING, 24 Sept : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan jumlah kes harian COVID-19 di negeri ini meningkat berbanding semalam dengan 2,825 kes baharu dikesan, pada Jumaat.

Sebanyak 99.54 peratus atau 2,812 daripada kes baharu ini adalah daripada kategori 1 dan 2.

“Manakala 0.46 peratus atau 13 kes merupakan kategori 3 (4 kes), kategori 4 (4 kes) dan kategori 5 (5 kes).

“Kuching merekodkan kes harian tertinggi 744 diikuti Sibu (324), Miri (319), Bintulu (235), Sri Aman (146), Serian (126), Subis (89), Samarahan (81), Saratok (73), Betong (66), Pusa (63), Asajaya (59), Bau (58), Limbang (47), Kapit (46), Lundu (43) dan Sarikei (42),” kata kenyataan terbabit.

Sementara itu, sebanyak 14 kematian akibat COVID-19 turut dilaporkan di Sarawak.

“Mangsa kematian adalah dari daerah-daerah Serian, Sibu, Kuching, Betong, Sri Aman dan Bintulu,” jelas JPBN Sarawak.

Pada masa sama, JPBN Sarawak memberitahu tiga lagi kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak dengan dua daripadanya melibatkan kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja.

“Dua kluster komuniti adalah Kluster Sungai Merusa, Subis dan Kluster Kanawa Baram, Marudi manakala kluster tempat kerja adalah Kluster Haidah, Bintulu,” ujarnya lagi.

Sebanyak 13 lagi lokaliti di Sarawak diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Lokaliti yang dikenakan PKPD melibatkan daerah Bintulu, Miri, Julau, Lubok Antu, Sarikei, Betong dan Saratok.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan