Search
Close this search box.
covid-19
Cases of the highly infectious COVID-19 Omicron variants, namely the BA.2.12.1 and BA.5, have been detected in Sarawak recently, according to the Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM).

Kes baharu COVID-19 turun, 13,754 dicatat pada Khamis

KES baharu COVID-19 di seluruh negara terus menunjukkan penurunan dengan 13,754 kes berbanding 14,990 semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,156,678 kes.

“Alhamdulilah seperti yang dijangkakan trend penurunan kes harian mula diperhatikan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,985 kes, disusuli Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 pula ialah Pahang (869), Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175) dan Perlis (113).

Putrajaya pula mencatatkan sebanyak 14 kes, manakala di Labuan terdapat lapan kes dilaporkan.

Penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam adalah 74 peratus daripada 1,506 katil, manakala katil bukan ICU sebanyak 62 peratus daripada 16,713 katil.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan