Search
Close this search box.
Sarawak catat dua kematian akibat COVID-19
Sarawak catat dua kematian akibat COVID-19

Hospital Umum Sarawak terima anugerah antarabangsa untuk kawalan jangkitan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 18 Sept : Hospital Umum Sarawak (HUS) telah merangkul tempat pertama dalam International Conference on Prevention and Infection Control (ICPIC) 2021 setelah memenuhi piawaian antarabangsa dalam kawalan jangkitan.

Menurutnya, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian penghargaan tersebut harus dijadikan peringatan bahawa langkah-langkah kawalan jangkitan menyumbang kepada kepentingan yang sama dengan inisiatif vaksinasi.

“Kawalan jangkitan dan vaksinasi perlu diteruskan secara seiringan bagi memerangi virus COVID-19.

“Kita telah mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat Sarawak sendiri. Teruskan usaha ini, teruskan semangat berdaya saing di peringkat global,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook rasminya baru-baru ini.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada HUS atas pencapaian tersebut.

Dalam perkongsian yang sama, beliau memaparkan gambar-gambar sijil yang mengiktiraf Hospital Umum Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pemenang anugerah ICPIC Clip (tempat pertama) untuk klip bertajuk “Menerapkan Strategi Multimodal WHO untuk Penambahbaikan Pencegahan Jangkitan dengan Berkesan dalam Penjagaan Kesihatan ” (“Applying the WHO Multimodal Strategy for Successful Infection Prevention Improvements in Healthcare”).

Sumber : FB Sim Kui Hian

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan