Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

UMS gerakan program bantu Sabah capai 80 peratus imuniti kelompok

ByKhairil Zharif Affindie

Oleh : Ammierul Mukminin

KOTA KINABALU, 17 Sept : Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan meningkatkan program Outreach dikendalikannya sebagai usaha membantu Kerajaan Sabah mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang penghujung Disember 2021.

Pengarah Hospital UMS (HUMS), Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata, terbaharu pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanakan program pemberian vaksin di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Menerusi inisiatif berkenaan katanya, seramai 12 petugas diketuai Pegawai Perubatan, Dr. Mohammad Hazamyn Hazrul Hamzah telah menyertai program itu.

“Program Outreach selama lima hari ini bagi memberikan vaksin satu dos iaitu CanSino kepada  seramai 2,118 banduan.

“Selain Penjara Pusat Kota Kinabalu, program vaksinasi ini juga diadakan di  Penjara Wanita Kota Kinabalu pada Isnin , Lokap Kota Kinabalu pada 14 September dan Pusat Tahanan Sementara pada 15 hingga 17 September ,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Helen juga memaklumkan, sebuah lagi pasukan UMS diketuai Pegawai Perubatan, Dr. Rishaini Elengovan memberikan vaksinasi kepada kira-kira 200 penduduk Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar hari ini.

” Bagi pihak UMS, kita akan sentiasa komited untuk membantu usaha kerajaan negeri menjayakan misi pemberian vaksinasi ini.

“Program Outreach yang melibatkan pelbagai tempat menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri untuk memastikan usaha mencapai sasaran imuniti kelompok dapat dicapai,” tambahnya.

Untuk rekod, UMS sebelum ini turut menjayakan pemberian vaksinasi kepada penduduk sekitar Kota Kinabalu yang terlibat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan